Cerdik pandai pernah menyatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.
Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya masalah itu pasti senyum kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.
Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita perlu teman mahupun rakan taulan untuk memberitahu.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza dan lebih terbuka, pengetahuan yang meluas juga menentukan jati diri seseorang individu bergelar hamba Allah.
Sebagai contoh,3 orang pelajar yang termenung di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada padang bola, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Allah s.w.t menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara mereka berfikir.
Itulah kehebatan Maha Pencipta.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.
Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat, walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan 'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.
Orang-orang dahulu pernah mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.rambut manusia sahaja sama hitam tetapi hati mempunyai 1001 pendapat yg acap kali berbeza.
Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.
Begitu juga orang yang belajar.
Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang begini tidak boleh bekerja secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan masalah.
Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.
p/s:aku mengaku aku juga panas baran dan kadang kala aku pkir aku shajer btol. =)
haha .tw tape .ble nak jd follower aku wehh? :P
ReplyDelete